GANG STARZ

Monday, June 23, 2008

Hah!!... Banyak kejutan gang starz yang terjadi pada konsert ke 6 kejutan pertama ialah pengacara tetap gang starz fara fauzana tidak hadir untuk mengacara acara tersebut. Agaknya fara fauzana tersangkut kat batu pahat kot, x boleh balik cz tak duit nak balik kl. Hahaha. Kejutan ke 2 pula apabila tengah ajai mengkritik nyanyian DRAZ tiba tiba nurul (janda nya)menyampuk kritikan ajai. Terkejut satu MBSA apabila tiba tiba ada suara perempuan muncul. Aku ingat kan suara tu datang nya daripada fara fauzana..manalah tahu kan gang starz nih suka buat kejutan merepek. Rupa-rupa nya nurul yang muncul. SOUTH TRIO merupa kan group favourite aku kat gang starz termasuk FAITH (s’pore)(terkeluar) dan ONE NATION EMCEE (m’sia).

Kumpulan STEP (thai) pula menyampaikan persembahan yang amat menarik dan kump ini menyampai kan lagu dalam bahasa melayu, boleh tahan lah dan memang patut pun ajai memberi satu bintang kepada kump ni, haha..

Antara kejutan yang dilakukan oleh pihak tv3 ialah team gang starz telah menjemput ahli original kump 3.5, dimana team gang starz telah memanggil paul dimana seorang pengkid yang disingkirkan oleh azmir semasa audition di filipina., sebab nya kerana beliah tidak sesuai menyertai 3.5 cz pengkid itu mencacat kan imej 3.5 kerana semua imej ahli itu berpenampilan feminine manakala paul pula berpenampilan agak “jantan”. Ternyata sangkaan azmir salah dengan ada nya paul persembahan 3.5 lebih mantap dan bertenaga.

Untuk kump ONE NATION EMCEE pula persembahannya begitu terujakan apabila kump ini menyampaikan lagu dato’ M.daud kilau. ONE NATION EMCEE sememangnya bijak memancing undi penonton dengan membuat persembahan yang unik dan menarik. ONE NATION EMCEE telah memenangi 2 cabaran mingguan iaitu cabaran jinggle dan cabaran photoshot & penampilan. Melalui cakap-cakap blog gang starz ONE NATION EMCEE merupakan kump favourite yang akan masuk ke peringkat final bersama PARAGON CHILE (philipina), AKASIA (m’sia), DRAZ (indon). Kump ni hanyalah ramalan.

Persembahan SOUTH TRIO amat mengecewa aku dan fans2 dy yang lain, mana tak nya group nih silap memilih lagu. Group ni menyanyikan lagu Itu Kamu dari Estrange, sangat longgar bagi aku tahap vokal nya, aku nih bukan nya arif tentang muzik tapi kita boleh tawu sama ada vokal seseorang itu mantap atau tidak. SOUTH TRIO telah disingkirkan setelah hampir 4 minggu berada ditempat terbawah. Persembahan minggu pertama sememangnya menarik, kump ini membawa lagu ada cinta pada konsert pertama,ramalan aku mungkin kump ni ad harapan nk pg final at least dapat la juga org jb bangga.minggu demi minggu prestasi semakin merosot. Kump ini telah membawa lagu Umbrella Cinderella (rihanna feat chris brown), Harapan (fazli zainal), Ku merindu (ella feat shah), zapin budi dan nirmala (siti nurhaliza), sepanjang terselamat dari tersingkir.

Lagi kejutan adalah 3.5 telah berada di golongan undian terbawah bersama SOUTH TRIO. Ketika faizal tahir memanggil SOUTH TRIO turun kebawah tiba tiba salah seorang kump itu terjatuh dari tangga dan turun slide tepi tangga. Malu beb terjatuh dari tangga satu m’sia tgok. Nangis budak tuh, tapi xap jatuh da tuh terkeluar xad la malu­­­­ sangat.haha.. rilek beb..xap klo aku jumpa korang kt bnda ke.. kt cs ke.. kt angsana ke..kt danga bay ke..aku belanja korang makan ok..haha..SOUTH TRIO pun di istiharkan sebagai kump yang terkeluar dapa minggi ini..aku pon x terkejut cz aku dah agak kump ni akan terkeluar pada minggu ini.

Labels:

1 comments:

  1. siyes weyh!
    aku pon tegezut gile ngk dak tuh tegolek dog jatuh tgga!!

    jauh plak tuh jarak tgga dari lantai.
    mesti sakit doe..
    aiseh, sian gila..