Revolusi aku

Thursday, October 29, 2009

Aku mula mengenali dunia laman sesawang ni start dari aku umur 12 tahun lagi. Aku mula kenali benda ini apabila seorang kawan ajak pergi ke cyber cafe untuk bermain game. time tu cabot sekolah agama so aku melencong la kesana. Semasa aku kat cyber cafe tuh aku hanya tahu pasal main game je tade benda lain..game..game..game..dulu aku agak hantu game.Time tu ak just kenal counter skrike & GTA sahaja tu je ak kenal. Sampai bertekak dengan orang sebelah cz tak puas hati.

Selepas melalui zaman kanak2 aku berubah satu tahap dimana aku sangat tak suka main game.Main game boleh ak pening kepala. Bermula dari sini aku beralih arah kepada chatting. Ingat lagi masa zaman kecik-kecik MIRC yang selalu aku bukak. Kalau online 1 jam aku just bukak MIRC ng web2 je..malas nak bukak game. Sehingga lah aku berumur 15 tahun. Kalau nak chatting just main kat MIRC je.Start berumur 15 tahun jugak la secara jujurnya aku sudah pandai bukak web2 terlarang ni..alah biase zaman2 akil baligh semua orang melalui nya.hehehe..

Apabila aku berumur dalam 16 tahun aku sudah pandai menjejaki dunia myspace ni.Myspace ni pon di perkenal kn oleh faizal. Member aku dulu mase kat tasek. Dipendekkan cerita aku kenali dunia myspace ni masa aku berumur 16 tahun mula dari sini lah aku jadi gian nak pergi cyber cafe je..asik nak online. Sampai ke sekarang Myspace ak masih bertahan dengan 1 akaun. Tiada yang lain iaitu http://www.myspace.com/epiabdlatif

Lepas masuk ke alam kolej aku mula diperkenalkan Blogspot.Da tua-tua baru kenal blospot. Orang lain sign up ak pon sebok nak sing up. Alah buat-buat ada. Aku jadikan blogspot ni merupakan platform aku untuk berkongsi apa yang aku rasa dan lalui.

Dalam aku jejaki umur 19 tahun aku mula kenal apa itu facebook. Aku kenal facebook ni daripada seorang artis iaitu imran ajmain. Masa tu aku memang terbangak-bangak pakai facebook. Sampai satu ketika aku biarkan facebook aku bersarang selama 7 bulan. Sebab tak reti main..Dalam pertengahan tahun 2009 ni la ak dapat aktif kembali facebook aku cz member2 ramai yang suda ad facebook so dorang yang tunjuk ajar selok belok pakai facebook nih.Iaitu http://www.facebook.com/epiabdlatif . Dalam beberapa bulan yang lalu kini aku mempunyai akaun twitter. Twitter ni sangat pelik dan busan yang aku reti just update status je.hurm..ni alamatnya http://www.twitter.com/epiabdlatif .

Dalam bulan ramadan yang lalu aku dapat laptop yang aku tunggu2 dari pihak cosmopoint. Jadi bila da dapat laptop ni kalau nak install window free just install kat kolej je..takpayah install kat lua nty kne bayar..Dijadinkan cerita brother working lab tu ad kasi aku macam2. Antaranya Google chrome, MSN (walopon ak tade akaun msn) dan SKYPE. Aku main install je tataw pon gunakan..Memang tak reti pon. So aku biarkan je skype tu terbengkalai macam gtu. ada jugak aku add org tapi tu la 3 orang je skrg.. Tapi sekarang Boy da ajar aku macam guna skype ni..ternyata ianya lg bagus dr ym. kalau nak wabcam clear gila. tak tersekat2 macam ym.selain tu jgk bleh hantar fail dari skype ni sebesar mane yang boley. 1GB pon ok. so sekarang tengah jakun nak main skype ni.hehehebagi siape yang tade install la..lps tu add aku ok di muhd_epy@yahoo.com.my


Labels:

1 comments:

  1. anaz says:

    haHa aku pun baru dengaN sKyPe..

    bro..aku ada bLog baru ekk..

    alonganaz.wordpress.com