Anugerah Juara Lagu 23

Tuesday, January 20, 2009

Setiap tahun semua penggemar muzik tempatan tak sabar menunggu kemunculan Anugerah Juara Lagu. Lagu yang dipilih dari rancangan mingguan Muzik-Muzik dan pilih di peringkat separuh akhir dan juri yang menetapkan ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ditubuhkan sejak tahun 1986 lagi. Anugerah ini juga yang memberi peluang untuk pencipta dan komposer mempertaruhkan hasil karya mereka di peringkat tertinggi. Anugerah Juara Lagu telah menjadi satu anugerah yang paling berprestiged di Malaysia. Jika tahun lalu AJL dengan tema MUZIK MAGIK, pada tahun ini AJL 23 dengan bertemakan ILUMINASI MUZIK menampil satu tema yang unik dan istimewa. Ianya merupakan anugerah yang penuh dengan cahaya dan berwarna-warni.

Pada tahun ini 6 lagu dipertaruhkan untuk kategori Balada, 5 lagu untuk ketegori Pop Rock dan 3 lagu untuk Etnik Kreatif.Tahun ini juga menampilkan pendatang baru dan lama dalam industri muzik tempatan.Antara artis yang bertanding ialah Ziana Zain, Estranged, Aizat, Ayu dan ramai lagi. Majoriti pada malam tersebut disertai oleh bakat-bakat muda dan baru dalam industri muzik.Pada kali ini juga mempunyai 4 kumpulan yang layak ke peringkat akhir AJL, 2 daripada indie band dan 2 dari pemuzik arus perdana. Antaranya Estranged, Meet Uncle Hussain, SOFAZ, dan Spider.

Tepat jam 9.00 malam pada 18 Januari 2009 AJL 23 bersiaran langsung dari Bukit Jalil KL. Semua peminatnya tertanya-tanya adakah lagu yang mereka sokong itu layak bergelar juara atau tidak. pelbagai andaian yang dilakukan oleh pihak media dan ramai yang mengandaikan lagu sampai syurga akan bergelar juara lagu.Pada malam tersebut pelbagai kejutan yang dilakukan antaranya persembahan Faizal Tahir yang membawa penggunting rambut untuk memotong rambut nya di atas pentas. selain daripada itu persembahan Elyana yang membawa props tangga dan bertemakan ala-ala Broadway manakala Ziana Zain hanya melontarkan vokal nya yang lantang membuatkan satu stadium Bukit Jalil terpaku.

14 lagu dipertandingkan dengan 3 kategori, 4 buah kumpulan 1 duet 8 solo yang bertanding pada malam itu.Juara mambawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM 25 ribu ringgit. Juara kategori RM 15 ribu ringgit. Vokal terbaik dan persembahan terbaik membawa pulang RM 10 ribu ringgit. Dengan pilihan 100% juri profesional Faizal Tahir membawa pulang 3 anugerah iaitu juara kategori Balada, Vokal terbaik dan persembahan terbaik. Bagi kategori Pop Rock disandang oleh Meet Uncle Hussain kategori Etnik Kreatif pula dimenangi oleh Farawahida. Tanpa siapa sangka Meet Uncle Hussain menjadi juara AJL 23. Dua tahun berturut-turut indie band meunguli AJL. Jika pada tahun lepas Estranged juara AJL kini Meet Uncle Hussain pula yang memegang takhta AJL.

Labels:

1 comments:

  1. indie band dah popular skunk, biar dorank sental abis sume award