Summer Trip

Monday, January 12, 2009

10 januari 2008 ialah tarikh yang sangat best bagi aku. Dalam tahun ni aku,jai,og,dayat,csa,elsi,ali & dayat (sahabat SMK Tasek Utara JB) berjalan sakan setelah sekian lama kita tak bercuti bersama. Setelah 2 minggu kami berbincang akhirnya ktorg telah bersetuju utk pergi bercuti ke melaka. Melaka telah berubah wajah setelah hampir setahun aku x pergi ke melaka. Yang mengejut kan sekali ialah ayu sanggup daru jengka,pahang sanggup balik ke JB semata2 mahu ikot sertai percutian ini.

Sedia maklum negeri melaka telah menjadi antara pilihan UNESCO untuk mewartakan melaka sebagai negeri tapak warisan dunia. Sejarah melaysia dulu pun bermula di melaka.Melaka dulunya sangat termahsyur dengan perdagangannya dll.

Seawal 6 pagi csa kejutkan aku supaya tidak terlewat dan terlambat.hampir sejam aku siap 7.15am jai ambil aku di depan blok rumah aku. Kami bertolak dari JB dalam pukul 8.45am dan sampai dalam pukul 11.00 am. Kami pergi dalam 2 buah bijik kereta. Dalam perjalanan itu pelbagai cobaan yang aku tempuhi antaranya radio kereta rosak,cluch pedal tinggi, gear keras, dan suhu kereta selalu naik. Dengan cobaan itu kami bersabar hehe. Dalam kereta aku cuma ad aku, jai & elsi.

Hampir pukul 11.00am kami keluar dari tol ayer keroh dan kami terus menuju ke melaka central (MC) untuk mengambil dayat. Kami ambil dayat kerana dia belajar disana dan dia juga ingin join sekali bersama. Berjalan seketika di dataran pahlawan kami terus pergi ke Waterworld A'Famosa mengambil masa dalam 1 jam untuk kesana dengan hari yang gembira akhir nya sampai ke destinasi utama ke Waterworld hampir kesemua permainan aku cuba dan ap yang aku boleh simpulkan ialah tempat tu sudah kurang nya sambutan san dari segi keselamatan sangat mengecewakan. Permainan air yang sangat kecut perut adalah permainan gelongsor terowong yang agak tinggi dan gelap.

Puas bermandi-manda dalam pukul 6.00pm kami bertolak ke rumah kakak jai. Kakak jai telah memasak makanan sebab jai dah talifon kakak dia yang jai akan datang ke melaka.kami dengan tanpa segan silu sebat apa yang kakak jai sediakan. Puas makan kami terus pergi ke eye on malaysia.Apa yang mengejutkan kami ialah eye on malaysia tak ada lah sebesar yang di khabarkan. bagi aku ianya cuma sederhana sahaja. Rm 10.00 dikenakan untuk warga negara malaysia sahaja dan untuk rakyat melaka sendiri ada harga yang tersendiri. Menaiki eye on malaysia merupakan pengalaman yang sangat berlainan dan istimewa. Bayaran rm 10 untuk 5 kali pusingan dan ianya sangat berbaloi dan menguntungkan. Ianya satu pengalaman yang menakjubkan kerana kita dapat melihat pemandangan indah negeri melaka dari udara pada waktu malam. Ianya sangat menarik dan romantik. Puas menggedik di eye on malaysia ktorg terus pergi ke kampung ali di teluk gong. kami bermalam disana kerana inginkan pengalaman bermalam di tepi pantai. Kampung ali terletak berhadapan dengan pantai ianya sangat seronak dan teruja walaupun memenatkan pada hari pertama.

Pada hari kedua aku bangun seawal pukul 8.00am. Setelah siap bersarapan kami terus tertolak ke banda hilir. Sampai ke banda hilir kami terus tuju ke menara taming sari. Menara taming sari merupakan menara berputar yang pertama di malaysia sememangnya aku mmg salute kat kerajaan melaka cz kat JB ni bukan ad apa2 pun itu pun cuma nak harapkan danga bay yang penuh dengan rakyat indon dgn bangla melepak.tiket untuk menaiki taming sari Rm 10.00 untuk rakyat malaysia. walaupun hanya dalam 10 minit sahaja tp ianya sangat menakjubkan.kerana kami dibawa secara berputar dari bawah ke atas dan berputar di puncak selama 5 minit. kami disajikan pemandangan yang ok2 shj seluruh negeri melaka. ada pemandangan laut,eye on malaysia,pelbagai muzium dll. Setelah turun dari menara tersebut kami terus ke bukit iaitu tempat yang wajib untuk dipergi. Kami bergambar dan berposing sakan kat atas situ,lepak2,ambil angin dan sebagainya dalam pukul 2.15 kami pergi ke MC untuk hantar ayu ke temerloh pahang sebab aku belajar di UITM jengka.ayu betolak dalam pukul 3.00pm. Setelah hantar ayu kami terus makan dan bertolak ke balik ke JB. dalam pukul 6.00 kami sampai ke tol skudai dam satu persatu jai hantar pulang ke rumah. Dengan harapan kita dapat pg lagi ercutian macam ni lagi pada masa hdpn.

p/s::Tq geng2 sebab sudi jemput aku utk join vacation ni. And y'all always my best fren in my heart.

xoxo
epi

Monday
1.58a.m
12/01/2009

Labels: