cinta

Wednesday, February 18, 2009

Cinta, ada yang mengatakan cinta itu indah, ada juga yang mengatakan cinta itu menyakitkan. Bagi yang baru bercinta memang semua nya indah tapi bila dah ke alam kemusnahan ianya menyakit kan dan pahit untuk di telan. Yang baru baru bercinta “ you always my baby” selalu diungkapkan. “I can’t live without you” pula sering menjadi ungkapan bila frust bercinta. Orang yang baru bercinta semuanya indah umpama pasangan terbaru Paeh dan Uyul. Walau apa pun yang berlaku semuanya tenang hadapinya. Ada juga cinta menjadi satu penyiksaan di pukul dan di seksa. Ada juga cinta yang kekal utuh ke akhirnya macam nenek moyang kita. Walaupun sudah kearah tua (kertu) cinta tetap menebal. Cinta juga tidak mengenal jantina umpama cinta Syah dan Mira. Bukan hendak mengata tapi itulah hebat nya cinta. Ada juga cinta dari remaja macam Ogy dan Csa,Abu dan Iewin dan akhirnya kad walimatul urus sampai ke peti surat, betapa bahagianya mereka.

Setiap orang ada gaya bercinta tersendiri, umpama cinta Faeza dan Wan penuh dengan maki-makian tetapi itulah cara mereka bercinta. Di mata orang ramai mungkin kasar dengan pasangan tapi itulah hakikatnya. Sudah hampir 3 tahun bercinta tetap kekal bersama walaupun sering bertelingkah. Ada juga cinta jarak jauh. Memang sukar untuk menempuhi halangan cinta jarak jauh. Bagi yang kuat tempuhi dugaanmereka akan kekal bercinta. Yang putus asa pula cinta akan sekerat jalan sahaja umpama aku dan ex-.. Cinta Adam dan Pgie pula sering membuat aku jealous. Walaupun halangan melanda tetap bersama kuat menempuhi halangan antaranya halangan keluarga dan lain-lain.

Kerana cinta juga ada yang sanggup bekorkan apa sahaja umpama Qaisy dan Laila. Bekorban nyawa kerana cinta. Cinta Sultan dan Puteri Gunung Ledang pula menjadi cinta yang agung. Shah Jehan pula membina masjid untuk Mumtaz untuk luahkan rasa cinta kepada isterinya dan menamakan Masjid Taj Mahal.

Ada kalanya ada pergolakannya malah lebih teruk lagi mereka putus dan tidak berpenjangan, tapi ia bersambung kembali, itulah cinta Aziz dan Fyda. Cinta juga tidak kenal usia dan rupa kerana cinta itu buta, sama ada tinggi, rendah, gemuk, atau kurus cinta tetap cinta. Cinta ini umpama Is dan Eta.

Cinta tiga segi memang tidak berkekalan, kerana dalam satu masa cinta hati kita ada orang lain di hatinya. Memang pedih jika melaluinya. Bagi si isteri ada juga yang sanggup bekorban cinta sejatinya supaya suaminya bernikah dengan wanita lain. Bagai cerita Isteri untuk suamiku.

Pelbagai jenis cinta didunia ini. Cinta kerana rupa, cintakan harta dan sebagainya. Semua ini hanyalah cinta yang kekal di duniawi sahaja, tidak kekal ke syurga. Cinta yang kekal didunia dan di akhirat ialah cinta kan kepada Allah, cintakan kepada Rasul-rasul dan kepada agama. Itulah cinta yang hebat dan diredhai. Dan ingatlah Rasulullah penah bersabda “kita hidup didunia ini secara berpasang-pasangan dan punyai saling cinta menyintai” cintalah dengan sepenuh hati…

Rabu.
18 Febuary 2009.
1:08am.

Labels:

1 comments:

  1. Epy! Lin suke post Epy yang nie(:

    btw biler computer ln dah okay,lin anta br abg Uji kahwin. Siri sgt lmbt anta,terlalu busy uh.

    Kalau ader mase jenguk2 lah lin nyer blog
    www.unclothed-thetrut.logspot.com

    takecare!