Yasmin Ahmad

Monday, July 27, 2009

Siapa sangka producer yang hebat akhirnya meninggalkan kita buat selamanya. Kini nama producer serba bakat yasmin ahmad tinggl sejarah. Pemergian beliau akibat penyakit strok yang kritikal. Beliau dikejarkan ke hospital ketika beliau menghadiri mesyuarat di Sri Pentas TV3. beliau tiba-tiba rebah di hadapan hadiri yang memenuhi dewan mesyuarat sambil diperhatikan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K. Beliau terus dikejarkan ke Hospital Pakar Damansara.

Sepanjang hayat beliau kita telah banyak belajar tentang kehidupan sebenar masyarakat Malaysia dengan hasil karya filem hebat beliau. Beliau mula dikenali dengan penerbitan iklan untuk syarikat-syarikat swasta dan stesen tv sempena musim perayaan dan kemerdekaan. Hasil karya beliau sangat menusuk kalbu sehingga terbawa-bawa kedunia reality. Beliau telah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan filem-filem yang hebat.antara filem yang telah mendapat pujian antara bangsa ialah filem bertajuk Mukhsin.filem itu sehinggakan telah mendapat anugerah di festival filem antarabangsa.tak lupa juga dengan filem yang lain yang mencetuskan kontrolversi iaitu filem Gubra yang menampilkan adegan sharifah amani membotakkan kepala dalam filem itu. Antara filem yang sebenar-benar mencerminkan rakyat Malaysia ialah filem Telentime yang menampilkan pelakon-pelakon hebat.

Allahyarhamah Yasmin Ahmad tetap dihati pencinta perfileman tempatan. Semoga roh beliau berada di tempat golongan orang yang beriman. Al-fatihah.


Aizat - I go (ost Talentime).mp3 -

Labels:

0 comments: