Nukilan

Monday, March 8, 2010

Dah lama aku tak menaip dalam blog aku nih. Bukan apa aku cume ada sedikit malas untuk mengupdate blog ni. Tapi tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang aku ingin berkongsi dengan korang pasal isi hati kecil aku ni. Segalanya bermula begini…….

Sabtu lepas ( 6 March 2010 ) aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Batu Pahat, Johor ini merupakan majlis perkahwinan yang pertama selepas pemergian arwah atok Febuary lepas. Sedang aku duduk bertandang ber sama saudara mara dari Singapore tiba-tiba terkeluar soalan cepuk cemas dari Kak Ziza dan Abang Yus. Soalan tu berbunyi :

Kak Ziza : “epi da ada calon blom??”…

Aku : Dengan ikhlas dan jujur nye aku jawap “tak de la kak”…

Kak Ziza : “Try la carik satu...ramai yang da lepas ni”..

Aku : “bukan tanak kak.. sume tu kne pakai dwet..diri epi pon sendiri terkontang kanting ni kn nak couple2..epi nak stable kn diri sendiri dulu baru nak carik”…

Kak Ziza : “aah la pi..kerja dulu stable kn diri”..

Aku : “alah kak..umur 50 tahun pon boley kahwin”…

Kak Ziza : “hahaha..umur 50 tahun pon boleh dapat budak 22 tahun”..

Abang Yus : “memang sume tu kene pakai dwet..takpe carik je yang sesuai..bile kita da ad someone kita punye semangat tu lain taw pi..sebab ada someone yang support kita..kalau kita single kita asik nak pikir enjoy je..”..carik je..”

Aku : “tengok da dulu nanty camne”…

Kemudian pada malam nye aku lepak bersama teman rapat aku di JB di sebuah restoran cadang nye nak berbincang pasal reunion trip tapi rupanya ada 1 pengumuman yang membuat hati gembira. Iaitu sahabat rapat aku Og & Csa bakal melansungkan pertunangan pada bulan August ini. Mereka ni dah bercouple sejak umur 15 tahun lagi. Dorang la antara sahabat aku yang ber”cinta” paling lama. Aku rasa sangat happy dan bangga sebab sahabat aku yang aku kenal sejak umur 13 hingga skarang dah nak tunang. Taklama lagi kahwin pulak. Dan awal-awal lagi aku dah di booking untuk mengambil gambar mereka tunang.

Start dari situ aku mula terpikir pasal soal pasangan hidup. Aku memerlukan seseorang yang memahami dan menerima aku seadanya. Bagi aku nilai cinta itu sangat berharga, bernilai dan cinta itu satu pelaburan. Kalau boleh aku nak satu perhubungan tu kekal selamanya supaya cinta itu menjadi satu pelaburan yang tidak sia-sia hingga akhir hayat aku.

Entah la, mungkin belum sampai dan waktu untuk aku mencari seseorang yang istimewa. Tapi bila dipikirkan balik umur makin meningkat. Bila lagi nak carik kalau bukan sekarang masanya. Hurmm..

Labels:

0 comments: