Kenapa Mesti Dia

Friday, March 19, 2010

Kenapa kanak-kanak sering menjadi bahan untuk melepas geram?? kenapa manusia ni terlalu kejam sehingga ada yang sanggup membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa??. Sejak kebelakangan ini kanyak kes-kes kanak-kanak mati dibunuh akibat didera dan sebagainya.  Mana tahap kewarasan manusia terhadap kanak-kanak?? Aku pun masih bengang kerana ada yang sanggup bunuh kanak-kanak kerana marah dan bengang dengan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak memang ada kenakalannya, dengan kenakalannya itu juga dia belajar sesuatu benda atau masalah.

Baru-baru ni aku ada lepak-lepak di kawasan Larkin Sentral JB. Aku perhatikan dari jauh terlalu ramai kanak-kanak yang meminta sedekah. Ada yang menjual Yassin dan tasbih untuk sesuap nasi. Tapi aku mushkil adakan kanak-kanak ini dihantar oleh orang tua mereka atau kerelaan mereka sendiri untuk mencari nafkah atau ini adalah satu sindikit? Kalau mereka betul-betul susah kenapa meraka berpakaian kemas? kenapa meraka memakai tudung mengikut trend?itu yang membuatkan aku tertanya-tanya mana asalnya kanak-kanak ini. Pernah sekali mereka mendampingi aku dengan rasa belas kasihan aku beri RM 1 kepada kanak-kanak itu. Nak bagi lebih takut nanti mereka menyalah gunakan wang itu. Jadi aku hanya bagi kadar yang minima sahaja. Sedang aku menghulurkan wang kepad kanak-kanak itu aku bertanya duduk mana? Dia tak jawab hanya menunjuk isyarat “tak paham bahasa melayu” kemudian aku hiraukan dan biar dia lepas pergi. Tak lama lepas beberapa minggu budak itu dampingi aku lagi. Mungkin dia tak perasan kot. Aku cakap ak tak ada duit, dia terus blah pergi, aku cuba mengekori budak tu tapi mungkin dia perasan dan lari dengan pantas. Aku malas nak kejar aku biarkan dia pergi.

Aku tetap mempersoalkan kenapa kanak-kanak sering menjadi mangsa untuk berkerja, kenapa kanak-kanak menjadi mangsa bunuh, dan kenapa kanak-kanak sering di pergunakan dari segala aspek. Bukankah anak yang dilahirkan itu anugerah Allah SWT. Bukankah kanak-kanak itu permata Negara yang mungkin bakal merubah Negara lebih baik dari sekarang. Kalau setiap minggu ada kes kanak-kanak dibunuh Negara mungkin hilang seorang bakal doctor,bakal menteri, bakal pensyarah dan sebagainya.

Labels:

0 comments: