1

Hurm..pagi ahad aku di kejutkan pekikan mama aku. Dy marah sebab ada orang sabotaj family kitorang. Apa yang dia x puas hati pon aku x tahu. Maybe dia jealous kot dengan family kitorang sebab tu orang tu nak sabotaj family kitorang. Orang yang sabotaj family kitorang tu merupakan insan yang duduk sama kawasan perumahan aku. Kat kawasan Flat Larkin (bukan Larkin Residence). Apa yang mama aku cerita, Insan ni memang dari dulu lagi nak sabotaj family aku tapi kitorang buat bodoh sebab dia tu mat gian. Penah sekali dalam 7 tahun lepas insan ni muntah kat depan kaki papa aku, then papa aku buat bodoh je. Then sekarang dia cuba untuk merosakkan harta benda orang awam.

Pagi ahad 22/02/09 ada mamat ni cuba untuk “mencantikkan” kereta kami yang buruk dan kokak itu. Mamat ni merupakan seorang guard kat Syarikat Air Johor (S.A.J). Bukan nya apa maybe mamat ni risau sebab kereta kokak ni x solek so dia saket mate la tengok kereta ni buruk sangat. Apa yang dia buat dia letak dahan-dahan pokok, pasir-pasir, daun kering, sehelai kertas notis dan lain-lain. Sekali pandang dan macam kereta berhias pon ada. Yelah dia letak daun-daun dan lain-lain.aku agak menghargai atas gubahan yang diberikan walaupun just letak je sampah-sarap tu. Lepas puas dia buat gubahan tu, dia terpikik telolong macam “sial” kata dia lah yang paling bagus. Kitorang cuma perhatikan dari atas rumah je. Dengan senjata yang aku ada, aku sempat shoot beberapa gambar untuk merakam gelagat mat gian ni. Maybe benda ni boleh jadi bahan bukti untuk ke muka pengadilan.

Saksikan gelagat mat gian Zubir menggubah kereta kokak kami.

mat gian bekerja keras menggubah kereta hasil kerja mat gian yang sangat bodoh.. nota yang di tinggalkan..


Pada malam nya mama & papa pergi kemas kereta yang penih dengan sampah sarap tu. Nota yang di tinggalkan ialah “INI SUDAH 4 HARI” bermakna dah 4 hari kereta tu parking kat tempat tu. Mama cakap kat aku ada jugak yang ambil berat kat kereta buruk tu. Sanggup tengok kan kereta tu. Jage siang malam. Terima kasih mat gian sebab care about out car. Segala bahan yang akan aku kumpul untuk dijadikan bahan bukti untuk mendakwa mat gian tu.

Continue..

Filed Under:


Cinta, ada yang mengatakan cinta itu indah, ada juga yang mengatakan cinta itu menyakitkan. Bagi yang baru bercinta memang semua nya indah tapi bila dah ke alam kemusnahan ianya menyakit kan dan pahit untuk di telan. Yang baru baru bercinta “ you always my baby” selalu diungkapkan. “I can’t live without you” pula sering menjadi ungkapan bila frust bercinta. Orang yang baru bercinta semuanya indah umpama pasangan terbaru Paeh dan Uyul. Walau apa pun yang berlaku semuanya tenang hadapinya. Ada juga cinta menjadi satu penyiksaan di pukul dan di seksa. Ada juga cinta yang kekal utuh ke akhirnya macam nenek moyang kita. Walaupun sudah kearah tua (kertu) cinta tetap menebal. Cinta juga tidak mengenal jantina umpama cinta Syah dan Mira. Bukan hendak mengata tapi itulah hebat nya cinta. Ada juga cinta dari remaja macam Ogy dan Csa,Abu dan Iewin dan akhirnya kad walimatul urus sampai ke peti surat, betapa bahagianya mereka.

Setiap orang ada gaya bercinta tersendiri, umpama cinta Faeza dan Wan penuh dengan maki-makian tetapi itulah cara mereka bercinta. Di mata orang ramai mungkin kasar dengan pasangan tapi itulah hakikatnya. Sudah hampir 3 tahun bercinta tetap kekal bersama walaupun sering bertelingkah. Ada juga cinta jarak jauh. Memang sukar untuk menempuhi halangan cinta jarak jauh. Bagi yang kuat tempuhi dugaanmereka akan kekal bercinta. Yang putus asa pula cinta akan sekerat jalan sahaja umpama aku dan ex-.. Cinta Adam dan Pgie pula sering membuat aku jealous. Walaupun halangan melanda tetap bersama kuat menempuhi halangan antaranya halangan keluarga dan lain-lain.

Kerana cinta juga ada yang sanggup bekorkan apa sahaja umpama Qaisy dan Laila. Bekorban nyawa kerana cinta. Cinta Sultan dan Puteri Gunung Ledang pula menjadi cinta yang agung. Shah Jehan pula membina masjid untuk Mumtaz untuk luahkan rasa cinta kepada isterinya dan menamakan Masjid Taj Mahal.

Ada kalanya ada pergolakannya malah lebih teruk lagi mereka putus dan tidak berpenjangan, tapi ia bersambung kembali, itulah cinta Aziz dan Fyda. Cinta juga tidak kenal usia dan rupa kerana cinta itu buta, sama ada tinggi, rendah, gemuk, atau kurus cinta tetap cinta. Cinta ini umpama Is dan Eta.

Cinta tiga segi memang tidak berkekalan, kerana dalam satu masa cinta hati kita ada orang lain di hatinya. Memang pedih jika melaluinya. Bagi si isteri ada juga yang sanggup bekorban cinta sejatinya supaya suaminya bernikah dengan wanita lain. Bagai cerita Isteri untuk suamiku.

Pelbagai jenis cinta didunia ini. Cinta kerana rupa, cintakan harta dan sebagainya. Semua ini hanyalah cinta yang kekal di duniawi sahaja, tidak kekal ke syurga. Cinta yang kekal didunia dan di akhirat ialah cinta kan kepada Allah, cintakan kepada Rasul-rasul dan kepada agama. Itulah cinta yang hebat dan diredhai. Dan ingatlah Rasulullah penah bersabda “kita hidup didunia ini secara berpasang-pasangan dan punyai saling cinta menyintai” cintalah dengan sepenuh hati…

Rabu.
18 Febuary 2009.
1:08am.

Continue..

Filed Under:


Setiap tahun semua penggemar muzik tempatan tak sabar menunggu kemunculan Anugerah Juara Lagu. Lagu yang dipilih dari rancangan mingguan Muzik-Muzik dan pilih di peringkat separuh akhir dan juri yang menetapkan ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ditubuhkan sejak tahun 1986 lagi. Anugerah ini juga yang memberi peluang untuk pencipta dan komposer mempertaruhkan hasil karya mereka di peringkat tertinggi. Anugerah Juara Lagu telah menjadi satu anugerah yang paling berprestiged di Malaysia. Jika tahun lalu AJL dengan tema MUZIK MAGIK, pada tahun ini AJL 23 dengan bertemakan ILUMINASI MUZIK menampil satu tema yang unik dan istimewa. Ianya merupakan anugerah yang penuh dengan cahaya dan berwarna-warni.

Pada tahun ini 6 lagu dipertaruhkan untuk kategori Balada, 5 lagu untuk ketegori Pop Rock dan 3 lagu untuk Etnik Kreatif.Tahun ini juga menampilkan pendatang baru dan lama dalam industri muzik tempatan.Antara artis yang bertanding ialah Ziana Zain, Estranged, Aizat, Ayu dan ramai lagi. Majoriti pada malam tersebut disertai oleh bakat-bakat muda dan baru dalam industri muzik.Pada kali ini juga mempunyai 4 kumpulan yang layak ke peringkat akhir AJL, 2 daripada indie band dan 2 dari pemuzik arus perdana. Antaranya Estranged, Meet Uncle Hussain, SOFAZ, dan Spider.

Tepat jam 9.00 malam pada 18 Januari 2009 AJL 23 bersiaran langsung dari Bukit Jalil KL. Semua peminatnya tertanya-tanya adakah lagu yang mereka sokong itu layak bergelar juara atau tidak. pelbagai andaian yang dilakukan oleh pihak media dan ramai yang mengandaikan lagu sampai syurga akan bergelar juara lagu.Pada malam tersebut pelbagai kejutan yang dilakukan antaranya persembahan Faizal Tahir yang membawa penggunting rambut untuk memotong rambut nya di atas pentas. selain daripada itu persembahan Elyana yang membawa props tangga dan bertemakan ala-ala Broadway manakala Ziana Zain hanya melontarkan vokal nya yang lantang membuatkan satu stadium Bukit Jalil terpaku.

14 lagu dipertandingkan dengan 3 kategori, 4 buah kumpulan 1 duet 8 solo yang bertanding pada malam itu.Juara mambawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM 25 ribu ringgit. Juara kategori RM 15 ribu ringgit. Vokal terbaik dan persembahan terbaik membawa pulang RM 10 ribu ringgit. Dengan pilihan 100% juri profesional Faizal Tahir membawa pulang 3 anugerah iaitu juara kategori Balada, Vokal terbaik dan persembahan terbaik. Bagi kategori Pop Rock disandang oleh Meet Uncle Hussain kategori Etnik Kreatif pula dimenangi oleh Farawahida. Tanpa siapa sangka Meet Uncle Hussain menjadi juara AJL 23. Dua tahun berturut-turut indie band meunguli AJL. Jika pada tahun lepas Estranged juara AJL kini Meet Uncle Hussain pula yang memegang takhta AJL.

Continue..

Filed Under:


bolehkah aku pikul tanggungjawab untuk menjadi jurufoto pada annual dinner akan datang? semuanya gara-gara aku menghadiri mesyuarat tergempar pada 15 jan 09 lepas.miss ross memberi amanah sepenuhnya untuk menjadi jurufoto untuk annual dinner pada 31 jan 09 nanti.semuanya berpunca kerana tidak ramai yang mempunyai kamera DSLR hanya aku dan beberapa kerat sahhaja yang memilikinya. yang mempunyai DSLR hanya aku,ita,kogilam,syawal,dan 2 orang budak cina. tapi yang pasti budak2 perempuan tidak akan hadir pada majlis itu.yang menjadi harapan aku hanyalah syawal. tapi kalau ikot kan perhatian aku kalau kelas pon tak masuk, ni kan nak suruh dia jadi photographer hampeh lah jawapnya.sekarang dalam otak aku cuma boleh memujuk budak yang baru ambil subjek photographi pada semester ini. hampir setiap malam aku memikirkan hal ini kerana aku takut gambar yang aku shoot tidak memuaskan hati mereka.dan miss ross pula telah memberi 100% untuk aku memikul tanggungjawab ini dengan sempurna.

sebab aku rasa takut pikul tanggungjawab ini ialah:
· tidak mempunyai skill yang mahir sepenuhnya
· tidak mempunyai ahli yang mencukupi
· kalau-kalau gambar yang diambil itu tidak sempurna atau tidak cantik
· tidak ada peralatan yang secukupnya.

itulah antara sebab yang aku masih fikirkan. memang ramai yang memberi sokongan untuk menggalas tanggungjawab.secara positifnya memang aku dapat kemahiran dan dari sinilah aku dapat tajam skill dan pengalaman. tapi aku kurang keyakinan untuk menunaikan. ini bukan satu event yang suka-suka tapi ini merupakan satu majlis yang utama dan yang paling grand di cosmopoint jb.bertambah beban lagi apabila aku dilantikkan sebagai ketua photographer.

lagi megusutkan keadaan pula sehari sebelum majlis makan malam itu aku mempunyai majlis pernikahan abang sedara aku, sedara mara semua telah memberi aku kepercayaan untuk mengambil gambar untuk hari bersejarah itu.entah lah mungkin aku harus menyusun strategi supaya aku tidak kelam kabut.aku harap ada yang tampil untuk bekerjasama membantu aku pada majlis makan malam itu.

Saturday
17 january 2009
4:54a.m
epyabdlatif.blogspot.com

Continue..

Filed Under:


Demi semua yang aku jalani bersamamu,
ku ingin kau jadi milikki,
ku ingin kau disamping ku,
tanpa dirimu ku hanya insan manusia yang tanpa cinta,
dan hanya dirimu yang bisa membawasyurga dalam hati ku,
ku ingin engkau menjadi milikku,
aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku akan berjanji hanya kaulah yang ku sayangi,
ku akan setia disini menemani,
sentuhanmu bagaikan tangan sang dewi cinta yang berhiaskan bunga asmara dan membuatku tak kuasa,
di setiap arung gerakmu tersimpan di hati kecilku bahawa dirimu terindah untukku,
ku ingin engkau menjadi milikku,
tuhan masih mengizinkan ku ingin menjaga mu...
eJ


Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Continue..

Filed Under:


10 januari 2008 ialah tarikh yang sangat best bagi aku. Dalam tahun ni aku,jai,og,dayat,csa,elsi,ali & dayat (sahabat SMK Tasek Utara JB) berjalan sakan setelah sekian lama kita tak bercuti bersama. Setelah 2 minggu kami berbincang akhirnya ktorg telah bersetuju utk pergi bercuti ke melaka. Melaka telah berubah wajah setelah hampir setahun aku x pergi ke melaka. Yang mengejut kan sekali ialah ayu sanggup daru jengka,pahang sanggup balik ke JB semata2 mahu ikot sertai percutian ini.

Sedia maklum negeri melaka telah menjadi antara pilihan UNESCO untuk mewartakan melaka sebagai negeri tapak warisan dunia. Sejarah melaysia dulu pun bermula di melaka.Melaka dulunya sangat termahsyur dengan perdagangannya dll.

Seawal 6 pagi csa kejutkan aku supaya tidak terlewat dan terlambat.hampir sejam aku siap 7.15am jai ambil aku di depan blok rumah aku. Kami bertolak dari JB dalam pukul 8.45am dan sampai dalam pukul 11.00 am. Kami pergi dalam 2 buah bijik kereta. Dalam perjalanan itu pelbagai cobaan yang aku tempuhi antaranya radio kereta rosak,cluch pedal tinggi, gear keras, dan suhu kereta selalu naik. Dengan cobaan itu kami bersabar hehe. Dalam kereta aku cuma ad aku, jai & elsi.

Hampir pukul 11.00am kami keluar dari tol ayer keroh dan kami terus menuju ke melaka central (MC) untuk mengambil dayat. Kami ambil dayat kerana dia belajar disana dan dia juga ingin join sekali bersama. Berjalan seketika di dataran pahlawan kami terus pergi ke Waterworld A'Famosa mengambil masa dalam 1 jam untuk kesana dengan hari yang gembira akhir nya sampai ke destinasi utama ke Waterworld hampir kesemua permainan aku cuba dan ap yang aku boleh simpulkan ialah tempat tu sudah kurang nya sambutan san dari segi keselamatan sangat mengecewakan. Permainan air yang sangat kecut perut adalah permainan gelongsor terowong yang agak tinggi dan gelap.

Puas bermandi-manda dalam pukul 6.00pm kami bertolak ke rumah kakak jai. Kakak jai telah memasak makanan sebab jai dah talifon kakak dia yang jai akan datang ke melaka.kami dengan tanpa segan silu sebat apa yang kakak jai sediakan. Puas makan kami terus pergi ke eye on malaysia.Apa yang mengejutkan kami ialah eye on malaysia tak ada lah sebesar yang di khabarkan. bagi aku ianya cuma sederhana sahaja. Rm 10.00 dikenakan untuk warga negara malaysia sahaja dan untuk rakyat melaka sendiri ada harga yang tersendiri. Menaiki eye on malaysia merupakan pengalaman yang sangat berlainan dan istimewa. Bayaran rm 10 untuk 5 kali pusingan dan ianya sangat berbaloi dan menguntungkan. Ianya satu pengalaman yang menakjubkan kerana kita dapat melihat pemandangan indah negeri melaka dari udara pada waktu malam. Ianya sangat menarik dan romantik. Puas menggedik di eye on malaysia ktorg terus pergi ke kampung ali di teluk gong. kami bermalam disana kerana inginkan pengalaman bermalam di tepi pantai. Kampung ali terletak berhadapan dengan pantai ianya sangat seronak dan teruja walaupun memenatkan pada hari pertama.

Pada hari kedua aku bangun seawal pukul 8.00am. Setelah siap bersarapan kami terus tertolak ke banda hilir. Sampai ke banda hilir kami terus tuju ke menara taming sari. Menara taming sari merupakan menara berputar yang pertama di malaysia sememangnya aku mmg salute kat kerajaan melaka cz kat JB ni bukan ad apa2 pun itu pun cuma nak harapkan danga bay yang penuh dengan rakyat indon dgn bangla melepak.tiket untuk menaiki taming sari Rm 10.00 untuk rakyat malaysia. walaupun hanya dalam 10 minit sahaja tp ianya sangat menakjubkan.kerana kami dibawa secara berputar dari bawah ke atas dan berputar di puncak selama 5 minit. kami disajikan pemandangan yang ok2 shj seluruh negeri melaka. ada pemandangan laut,eye on malaysia,pelbagai muzium dll. Setelah turun dari menara tersebut kami terus ke bukit iaitu tempat yang wajib untuk dipergi. Kami bergambar dan berposing sakan kat atas situ,lepak2,ambil angin dan sebagainya dalam pukul 2.15 kami pergi ke MC untuk hantar ayu ke temerloh pahang sebab aku belajar di UITM jengka.ayu betolak dalam pukul 3.00pm. Setelah hantar ayu kami terus makan dan bertolak ke balik ke JB. dalam pukul 6.00 kami sampai ke tol skudai dam satu persatu jai hantar pulang ke rumah. Dengan harapan kita dapat pg lagi ercutian macam ni lagi pada masa hdpn.

p/s::Tq geng2 sebab sudi jemput aku utk join vacation ni. And y'all always my best fren in my heart.

xoxo
epi

Monday
1.58a.m
12/01/2009

Continue..

Filed Under:


Entah kenapa semenjak seminggu ni perasaan aku ni perasaan sangat,maybe aku terlalau rindukan bi sangat2,semalam 31/12/08 ketika orang sebuk meraikan kedatangan tahun baru bersama pasangan,aku pula terpinga2 meraikan seorang diri kadang2 aku terasa kesunyian kerana tiada orang yang kita sayang kat sisi kita disaat diperlukan. begitu juga dy, aku percaya dy sangat perlukan aku dan aku perlukan dy.macam2 dugaan yang pahit aku perlu tempoh,macam2 saket yang aku terima,tapi semangat dy tetap kuat dihati aku.aku percaya dy juga merasa kan ap yang aku rasa. bila aku duduk seorang diri kat balconi rumah aku akn teringat peristiwa 9 jam kita meet.hanya peristiwa 9 jam tu saja boleh ubat rindu aku kat dy.aku betol2 miss kat bi.

seorang demi seorang dah tahu perhubungan aku ng bi,bukan aku taknak hebohkan perhubungan ni.tapi aku belum bersedia dan aku takut untuk hebohkan nya.aku harap mereka paham situasi aku.aku lebih selesa dengan situasi macam gini.thank a lot cz rakan2 memahami aku.

Time : 2.26 a.m
Date : 02 Jan 09
Day : Friday
Mood : Jiwa-jiwa

Continue..

Filed Under: