kusut
Tuesday, January 20, 2009
bolehkah aku pikul tanggungjawab untuk menjadi jurufoto pada annual dinner akan datang? semuanya gara-gara aku menghadiri mesyuarat tergempar pada 15 jan 09 lepas.miss ross memberi amanah sepenuhnya untuk menjadi jurufoto untuk annual dinner pada 31 jan 09 nanti.semuanya berpunca kerana tidak ramai yang mempunyai kamera DSLR hanya aku dan beberapa kerat sahhaja yang memilikinya. yang mempunyai DSLR hanya aku,ita,kogilam,syawal,dan 2 orang budak cina. tapi yang pasti budak2 perempuan tidak akan hadir pada majlis itu.yang menjadi harapan aku hanyalah syawal. tapi kalau ikot kan perhatian aku kalau kelas pon tak masuk, ni kan nak suruh dia jadi photographer hampeh lah jawapnya.sekarang dalam otak aku cuma boleh memujuk budak yang baru ambil subjek photographi pada semester ini. hampir setiap malam aku memikirkan hal ini kerana aku takut gambar yang aku shoot tidak memuaskan hati mereka.dan miss ross pula telah memberi 100% untuk aku memikul tanggungjawab ini dengan sempurna.
sebab aku rasa takut pikul tanggungjawab ini ialah:
· tidak mempunyai skill yang mahir sepenuhnya
· tidak mempunyai ahli yang mencukupi
· kalau-kalau gambar yang diambil itu tidak sempurna atau tidak cantik
· tidak ada peralatan yang secukupnya.
itulah antara sebab yang aku masih fikirkan. memang ramai yang memberi sokongan untuk menggalas tanggungjawab.secara positifnya memang aku dapat kemahiran dan dari sinilah aku dapat tajam skill dan pengalaman. tapi aku kurang keyakinan untuk menunaikan. ini bukan satu event yang suka-suka tapi ini merupakan satu majlis yang utama dan yang paling grand di cosmopoint jb.bertambah beban lagi apabila aku dilantikkan sebagai ketua photographer.
lagi megusutkan keadaan pula sehari sebelum majlis makan malam itu aku mempunyai majlis pernikahan abang sedara aku, sedara mara semua telah memberi aku kepercayaan untuk mengambil gambar untuk hari bersejarah itu.entah lah mungkin aku harus menyusun strategi supaya aku tidak kelam kabut.aku harap ada yang tampil untuk bekerjasama membantu aku pada majlis makan malam itu.
Saturday
17 january 2009
4:54a.m
epyabdlatif.blogspot.com
Labels:
0 comments:
Post a Comment