Ada apa pergi KL

Sunday, December 21, 2008

20/12/2008 tarikh yang aku ingat cz buat kali keduanya aku pergi KL tahun ni. Bukannya apa sebab sebelum ni memang susah nak aku nak berjalan seorang diri. Aku bangun 6 pagi dan bersiap sedia bertolak ke KL pada pukul 7.20 am. Hampir 6 jam perjalanan yang amat lembap akhirnya aku sampai KL pada pukul 12.30 pm. Dalam perjalanan tu bi ada msg aku yang adam dan pgie xdapat join aktiviti meraikan hari jadi iki kerana adam dan pgie ada masalah sendiri kebetulan adam pulak kena kerja,so aku ada rase hancur harapan sebab menang aku nak jumpa sangat kawan2 bi tapi ap yang aku knal sume xikot.wan pula tak dapat join hari tu sebab wan ada masalah family yang kronik jadi wan tak dapat join party itu. Dalam 10 minit perjalanan dari puduraya aku sampai ke KLCC dan aku dijemput oleh bi dan 2 orang bidadari ntah sape pon aku xknal tapi dy kawan bi. Aku naik segan sebab aku memang tak kenal sape dorang name pon ak da lupe. Kami berempat berjalan kaki dari KLCC ke Bukit Bintang tak penah dalam umur aku berjalan kaki kat KL macam gitu skali. Sampai ke Bukit Bintang kami di sambut oleh iki yang bi dok sebut aritu. Apa yang aku boleh ungkapkan iki merupakan seorang jelmaan Britney Spears semasa dalam tempoh pantang bersama ex-lakinya Kevin (ahakz!!sorry iki gurau je..) dia seorang yang sangat banyak cakap, kerja dy cakap,cakap & makan hehe..dalam 15 minit kemudian tiba-tiba ares datang membernya eddy dan bersama sorng membernya. Dalam pukul 2 lebih majlis hari jadi iki pon bermula di KFC Bukit Bintang. Aku macam biase duduk diam dan sopan sebab segan kawan-kawan bi..hehehe..but im enjoy the party. Pada hari itu iki sambut bday nya yang ke 40 (katanye la.tp tu xbetul..) Majlis berjalan dengan lancar walaupun macam kurang meriah kerana ramai yang takde. Lepas lepak-lepak kat KFC, kami pon bersurai dan seperti biasa kami berempat merayap ke Sungei Wang. Sampai kat sana bi pon beli la sepasang kasut BUM warna coklat yang warna nya lebih kurang sama dengan kasut aku punya walaupun kasutnya berlainan jenama. Bi beli kasut tu pon untuk buat pergi kerja. Lepas ke Sungai Wang kami berjalan kaki sepantas mungkin ke Times Square (TS) sampai ke TS adoyai punya la sesak manusia kat dalam tu. Dengan macam2 perangai, macam2 style& macam2 orang aku jum pa. Macam biase lah kerja aku nampak budak pelik sikit aku reject. Kami kat dalam tu shopping macam2 bi belikan sepasang rantai dan key chain EJ. Setelah puas shopping kat dalam situ kami dari TS menapak lagi ke Pavilion, sampai ke Pavilion kami sesat tak jumpa jalan keluar. Kitorang tetap berusaha carik jalan keluar dan akhir nya jumpa. Dari Pavilion kami bergerak semula ke KLCC dan akhirnya bersurai. Dalam perjalanan bi ad bilang dengan aku yang bi nak bawak aku pergi ke tempat adam kerja,sebab dy nak tunjukkan style rambut adam yang baru. Dari KLCC aku ng bi terus ke setiawangsa menaiki tren. Dalam 30 minit gitu aku dengan bi sampai ke setiawangsa dan terus ke cc tempat adam kerja. Bila sampai ke cc tu.. punya la aku terkejut rupa2nya jeng..jeng..jeng..adam dalam myspace dan adam sebenar sangat lain stylenya. Betul kata bi rambut adam lain sangat.aku pon cume diam je la xcakap apa-apa. Kalau sekali pandang mika adam saling tak tumpah macam brader kat cc yang aku slalu on9. Cuma adam sedikit pendek tapi abg tu sedikit tinggi. Kitorang just lepak2 kat cc adam dan lepas dalam pukul 8.10pm aku dan bi bertolak ke puduraya. Dalam perjalanan ke stesen LRT aku pegang erat tangan bi. Bi cuba lepaskan tangan tapi aku tetap pegang kuat tangan dy. Dalam perjalanan ke Puduraya tiba-tiba dapat incoming call dari +601260***** dy nak cakap dengan bi.so aku pass la nset dengan bi tiba-tiba bi naik angin, aku pun tak tahu ap2 kenapa dy angin.so aku diam je. Dalam brape minit iki tepon bi, yang sebenarnya iki yang bt incoming call kat nset aku dan dy saje buat mcm gtu. Nak berderau jantung aku bila tak pasal-pasal bi naik angin. Iki pesan kat yang jage bi baik-baik. Cuma tu je jelmaan Britney pesan kat aku. 10 minit kemudian aku ng bi sampai ke Puduraya an beli tiket bas aku naik bas pada pukul 9.30pm dan bi balik ahad pada pukul 5.30 pm. Dalam masa tunggu bas tu hari aku menjadi takut. takut kalau ap2 yang terjadi mase dy otw nak balik ke rumah adam. Aku tetap diam tengok puas2 muka dy. 9.20pm aku naik bas balik ke JB bi hantar aku sampai ke pintu bas. Lepas bi cium tangan, aku terus kiss dy dan naik dan bila naik bas aku tengok bawah bi da xad dy da hilang. Aku duduk diam2 mata aku terus berair cz rase macam sekejap jumpa dengan bi, dalam masa 9 jam je kita jumpa. Kenangan 9 jam ni lah akan aku ingat sampai bila2. tak sampai 5 minit bi hilang aku terus msg dy supaya dy jalan hati-hati dan jage diri. Aku rase terkilan sebab tak dapat teman dy balik esok. Insyaallah kalau ada rezeki nnty kita jumpa lagi. eJ

P/s:sorry kalau2 ada yang terasa hati baca blog yang type ni.(tak tiru mcm adam ok!!!)

21/12/2008
sunday
4.05am

Labels:

1 comments:

  1. g kl bercinta rupanya.

    hahahaha.